my blogger's frenzz

Khamis, 11 Ogos 2011

Rahmat-dhan



-Assalamualaikum-

Alhamdulillah. Begitu pantas gerakan masa meninggalkan mereka yg terlupa serta membiarkan mereka masih terpinga dalam kerakusan mengejar hari kemenangan di akhirnya.

Alhamdulillah. Aku antara insan terpilih untuk diuji iman & nafsunya. masih berusaha mengawal serta menghalang walau sesekali tewas terhadap "setan" didalam diri.

Belum jua dihitung "setan" disekeliling yang sentiasa cuba menguji kekebalan iman.

Moga Ramadhan ku kali ini lebih mulia & diberkati dari tahun2 lepas..amin.

Dugaan Ramadhan lagi kuat dari bulan2 lain kerana...









Khamis, 4 Ogos 2011

Bila Hati Mula Meragui



- Assalamualaikum -

Izinkan aku menyulam kata-kata dengan penuh puitis tuk meluahkan kekusutan akal & hati, juga tuk mengawal  kata-kata agar x mencemari Ramadhan yg mulia in.. -eceh-

Aku . Perempuan . Gadis . Beremosi . Optimis . Happy-go-lucky . Manis . 

Lama sudah dah x mengetuk papan kekunci tuk mengarang repekan hati. Banyak sangat yang terjadi sejak akhir ini diluar kawalan dan impian serta angan-angan Minah Jenin.
Tapi. Aku. Terus tabah, terus optimis bahawa semua yang terjadi sudah ditetapkan Ilahi sejak masih enak membuai mimpi dalam kantung ibu lagi.
Manusia, tiap satu telah ditetapkan takdirnya sendiri, dan aku sentiasa sujud syukur terhadap takdir diri. 

Masih bertuah jika dibandingkan dengan "mereka"
Masih mampu bergelak ketawa jika dibandingkan dengan "mereka"
Masih mempunyai keluarga jika dibandingkan dengan "mereka"
Masih berkerjaya jika dibandingkan dengan "mereka"

Ini adalah rentetan hidup sejak kali terakhir menjengah ke laman ini:

MEI 2011
Berakhirnya hidup sebagai Boneka tuk mereka yang rasa perbuatannya terlindung dari Tuhan, kuasanya lebih besar dari Tuhan, Pangkatnya lebih tinggi dari Tuhan, Cakapnya lebih mulai dari Tuhan.
Tiada sesalan juga tiada keinginan tuk meneruskan ikatan perkenalan kerna xnampak d'mana cahaya keihklasan dalam percakapan. Biarlah.

JUN 2011
-Alhamdulillah-
(Hanya itu yang mampu dihuraikan)

JULAI 2011
Kaki kena digagahkan, hati kena dicekalkan, bontot kena dikebaskan..menahan azab 6 jam dalam bas,
KL - Kemaman - KL
"Tahniah anda terpilih untuk mengahadiri UJIAN KELAYAKAN bagi jawatan ********* di ****,
sila hadir pada sekian sekian sekian"

pengawas pemeriksa: Ada 40 soalan, untuk layak temuduga sekurang-kurangnya perlu betul 34/40.

KL - Kemaman - KL
"Tahniah anda terpilih untuk menghadiri TEMUDUGA bagi jawatan ******* di ********,
sila hadir pada sekian sekian sekian"
-Alhamdulilah-
terima kasih juga buat sang sahabat yg sudi menemani & membantu dikala tangan pantas melorek & otak ligat berfikir.

Untie Joyah: Ani, ko xde kenal orang dalam ke?..senang ckit anak ko dpt keje tu kalo de kabel~

xpela, aku percaya rezeki itu tuhan yang tentukan bukan MANUSIA.
tapi hati jadi membara, bila melihat terang terangan si temuduga menggunakan kuasa kabelnya..
masih lagi optimis, xpela, kerja yang x redhai cz gune care kotor hasilnya adalah HARAM-masih tengiang kata azimat dari para pencinta Tuhan

"Ya Allah Ya Tuhanku mohon dimurahkan rezeki pada hambamu ini..amin"

OGOS 2011
Mata makin rancak melihat, Mulut makin pandai berkata, Otak makin hebat berputar
Melihat kaletah mereka-mereka yang selesa dengan tahap diri walaupun hnyalah watak picisan dalam drama seloka tajaan kerajaan.
Melihat betapa pantasnya mulut mereka bersalakan hanya setelah tuannya berpaling muka.
Melihat betapa hudohnya perbuatan mereka tika kemalasan menjelma
Melihat pelbagai rupa mimik muka yang cuba mengaburi keaslian hati
Melihat si pencuri masa yg tidak pernah sedar

Namun aku, masih terus melihat selagi mampu, dan cuba untuk membezakan mana satu watak antagonis dan sebaliknya..tapi percayalah, sukar mencari jika hanya melihat tanpa mengkaji..mana mungkin perempuan bertudung labuh itu mempunyai lidah setajam pisau?..mana mungkin lelaki bersongkok serta b'senyuman manis dan bait-bait kata yg d'susun penuh hemah ketika b'cakap mempunyai skandal??
Hurmm..xde apa yg xmungkin di zaman ini~


-Balik kerumah, bersihkan diri, Bersedia tuk meluahkan segalanya pd Ilahi..Hanya Dia pendengar yg sejati-

Salam Ramadhan buat semua yg mengenali, moga kali ini lebih diberkati..Amin